Am I greedy?!

adakah aku manusia yang tamak? aku mahu itu, aku mahu ini...
tetapi adakah aku memikirkan adakah dia juga gembira seperti aku?adakah dia senang bersama aku?
kadangkala aku malu, yang selalu memandang wanita sehingga lahirnya perasaan
ingin memilikinya. seperti wanita yang sedang ber'window-shopping', begitula juga apa yang aku rasakan
pabila ku melihatnya, seperti orang gila seks dan gatal pula bunyinya...pabilaku melihat mana2 pasangan
bersama,aku selalu bermonoloque "mengapa bukan aku yang mendapatnya? apakah kurangnya aku?" .
mungkin itulah kelemahanku, terlalu menghargai wanita sehingga aku tewas dalam kecantikan mereka dan tidak boleh
melarikan pandanganku terhadap bidadari dunia ini.
adakah sebab aku tidak punyai sesiapa dalam diri ini menjadikanku begini atau dengan sebab ini aku tidak patut mempunyai seorang bisa yang mewarnai hari2ku.
aku mula menyendiri. headfon dan ipod menjadi teman.
namun makinku menyendiri, makin ramai pula wanita yang singgah di diri ini. ada kawanku mengataku 'gatal', aku tertawa dalam diam kerna
ia mungkin benar, aku memang suka untuk menatapi kecantikan seseorang itu tetapi dengan satu ayat, aku bukanlah seorang
yang seperti itu.."dia bukan untukku...aku tidak layak untuk dia..." selalu ia bermain dalam akalku, bagai pita rekoder yang dimainkan berulang2 kali.
tika ku sendiri atau bersama rakan2. kawan2 selalu melihat aku seperti ramai wanita yang mendekati namun hakikatnya mereka bukan sesiapa
dalam hati ini. mungkin aku agak sedikit kasar dengan mereka tetapi hanya dengan ini sahaja aku mampu untuk menghilangkan sumpahan ini.
aku tidak mahu mereka hilang atau menjauh dengan sebab diri ini tetapi biarlah aku mencintai semuanya kerna tidak semestinya cinta itu memilikinya...

ya Allah hilangkanlah perasaan tamak ini, jadikanlah aku seorang yang bersyukur dan menghargai apa yang
ada, menggunakannya ke arah jalanMu,Amin.