bintangku...

Aku sedar aku tak mampu untuk berganjak dari tempat ini, tempat yang kau telah tinggalkan aku tanpa sebarang peta atau tanda untuk aku berjalan. Dengan perlahan aku cuba melangkah walaupun bagai 100 tan berat dibawa bersama kaki ini. Namun masih terikat tali2 kenangan pada badan yang lemah ini. Walau pelbagai telah aku cuba untuk melepaskan tali ini tapi ia tetap  kembali tersimpul. Yang aku tahu aku hanya perlu kehadapan mencari sinar cahaya kebahagiaan hidupku. Dunia ku dahulu terang dengan bintang2 yang selalu menemaniku, menyinar menyuluhkan jalan untuk aku. Di antara bintang2 itu terdapat satu yang terlalu aku damba, terlaluku sayang. Sinarnya amat terang, menyilaukan pandanganku dari bintang yang lain. Aku sanggup melepaskan semua bintang2 yang aku letak dalam rak kebanggaanku. Namun oleh kerna terlalu aku jaga, dia perlahan meminta aku melepaskannya kerna dia merasa dia lebih sesuai untuk tidak terlalu dijaga dan disayang. Kini duniaku kembali gelita. Ku masih mempunyai satu bintang yang setia menemani insan ini namun cahaya nya malap, hanya cukup untukku melihat dalam beberapa masa sahaja lagi. Seperti bintang2 yang lain, dia juga menjadi terang untuk orang lain sepertiku. Mungkin dia lebih menghargai bintang itu lebih awal dari aku. Secara tidak sedar, aku mulai terasa betapa bernilainya sinarmu itu walau ianya malap untuk diri yang hina ini, yang mengharap peluang kedua. Kaulah bintang paling aku sayang tika ini namun hati ini terlalu kecil untuk aku tunjukkan pada bintang itu agar dia memberi peluang untuk memberi sinarnya untukku pula. Masa berlalu dengan pantas, semakin lama semakin malap cahaya kau untukku. Adakah aku patut untuk membuka hati ini untuk meminta ia menerimanya. Namun jika ia tetap menolak, si bintang itu akan terus menghilang dan aku akan kembali menjadi… si buta yang kesunyian dalam kegelapan.