Kau masih seperti dulu,
Sama seperti kali terakhir aku lihat kau,
kau masih sama seperti dulu,
sama seperti kali terakhir aku mengenali kau,
tapi adakah benar masih sama?
Adakah kau tahu betapa haru biru perasaanku ketika
mengetahui kau akan kembali ke sini,
Semalaman aku berfikir bagaimana aku harus lakukan tika
bersua muka nanti,
Fikiran berbolak-balik, diri termundar-mandir,
Akhirnya tidak sempat tuk aku menyapa… dan kau tiada.
Kau sudah berjumpa si dia.
Kau masih seperti dulu,
Sama seperti kali terakhir aku lihat kau,
Ingin sahaja aku menghentikan putaran bumi,
Ingin sahaja aku menongkat matahari,
Ingin sahaja aku menyembunyikan bulan,
Agar beri aku lebih masa… untuk bertanya.
Namun soalan ini tak mungkin berani untuk aku
menyuarakannya…
Adakah kau masih bertopengkan besi?
Bagaimanakah hari2 kau tanpa aku?
Di manakah kau sembunyikan aku dari pandangan kau?
Apakah kau membutakan, membisukan, memekakkan segala
tentang aku?
Kenapa kau menangis dibelakangku?
Mengapakah kau perlu berbohong dihadapanku seperti tanpa
apa2 sedangkan mereka sudah
tahu tentang kau
dan aku?
Siapakah dia
sebenarnya…
kau masih sama seperti dulu,
jujur…
Aku tidak lagi perlukan kau tuk kesekian kali,
Aku cuma mahukan penjelasan.
Agar aku boleh pergi dengan tenang,
Agar kau bisa bahagia dengannya.
Biarlah aku dengar sendiri dari bicara hatimu,
Biar cinta mati disini.