Tiada yang baik selepas pukul 2 pagi.
Hanya duduk kaku didepan meja sunyi,
Otak berkerja lebih masa tidak mahu bermimpi,
Hati tak dapat dibisukan walau dikatup rapat,
Mengapa kau masih mahu memekikkan sesuatu yang tidak akan
dapat.
Bahagia tidak akan kekal di alam fana ini.
Jika kebahagiaan itu mudah tuk didapati, maka dunia ini
akan bebas dari perang.
Tidak mungkin pelangi akan sepanjang hari ingatlah wahai
insan yang gembira.
Bersedialah tuk terkorban jika kau rasa kau seorang
pejuang yang berperang demi cinta yang kau inginkan itu.
Ceritaku dan ceritamu tidak mungkin akan sama.
Mungkin kau yang merasa sakit yang teramat namun, itulah
kehidupan.
Tiadalah pelangi jika tiadanya hujan. Tidak mungkin hujan
jika hanya cerah sepanjang hari.
Memohon kemaafan kerna kita bukan insan yang sempurna.
Memberi keampunan kerna kita juga akan melakukan
kesilapan suatu hari nanti.
Tapi… jelaskanlah apa silapku dan silapmu jika kau mahu
pergi dan meminta maaf.
Tidaklah aku menjadi si bodoh yang tertipu dengan
cantiknya kaca,
Tidaklah aku menjadi si pengharap yang masih mencari
cahaya harapan walau dikelilingi kegelapan yang nyata.
Tidaklah aku terus menyalahkan ke atas kesilapan aku atau
kau yang masih merangkak tetapi sudah mahu berlari dan menangis ketika
terjatuh.
Masih menjadi fitrahku tuk mencari.
Kerna hati ini akan terus menjerit dalam kebisuan mencari
sebentuk kunci yang mendengar dalam hingar bingar dunianya.
Namun si kucing jalanan pun akan mengingati siapa yang
memberinya makanan walau hanya tulang ikan,
Tolonglah jangan biar aku terpinggir sendiri walau tiada
apa antara kita.
Kita bermula sebagai kawan jadi biarlah ia juga akan
berakhir dengan kita sebagai kawan.
Nobody : 3.37 a.m