jika dapat ku himpun setiap aksara
tuk aku bariskan segala kata dalam hati ini,
langit akan gelap menutup segala cahaya cecah ke bumi,
lihatkah? aku pucat disini, sembilu hisapi jemari
setiap ku peluk menangisi yang sedih aku letih
dengarkah? degupan jantung aku berbaring mati
tanah merekah cuba ku basahi sakit aku perih
hujan jangan kau marahi dia,
mengapa kau perlu bersedih bersama aku,
baju ini dibasahi dengan tangisanmu,
kau turut hadirkan kuatnya pekikan guruh itu bagai menjerit kekecewaan,
walau terjadi harus ku katakan dengan indah,
bahwa kaulah pelangi senja yang istimewa sukar tuk ku tatapi.
melankolia ini bukan tuk aku kata aku mati,
bukan tuk aku kata aku pergi,
nikmatilah sahaja kegundahan ini,
segala barisnya yang merobek sepi
sungguh aku cipta tatkala waktu kerinduanku ku satukan disini
terkurung...
Aku tak tahu berapa kali harus aku terhantuk untuk aku mengadah. mungkin sungguh selesa duniaku ini sehingga aku sukar tuk tersedar dari lena yg diulit bersama mimpi sang pelangi. adakah aku masih belum bersedia tuk menerima realiti yang masih samar-samar di litupi kabus dingin, sungguh aku tidak mahu melaluinya lagi.
Apakah lagi yang Kau mahu tunjukkan pada aku disini jika masih tidak dapat berganjak. apa yang masih aku ada disini untuk aku pegang jika aku tetap dikurung di dunia khayalan separa neraka ini. tiada lagi sahabat tawa tuk aku disini, tiada lagi cinta untuk aku semai disini, tiada lagi kasih yang boleh aku pinta disini... lepaskanlah aku ke alam seterusnya.
akhrnya tuk seketika, kerna bunga cinta sudah tidak berkembang dan dahannya mulai layu. mungkin aku tidak akan kembali tuk bermain dengan perasaan tuk seketika ini. aku sedar semua ini hanya bagai di angin lalu, ia takkan kekal selamanya bersamaku sehingga di suatu saat, mungkin hati ini akan berdegup semula tuk ia menerima seseorang bertahta dihati.

Dongengan seorang gila
Pabila hantu kekusutan mula menghantui diri, ku nyalakan
segulung rokok. Asap berkepul memenuhi ruang semesta minda disedut ke dalam cuba
tuk mengaburi masalah. Sudah berputung habis dibakar namun fikiran masih tidak
ketemu jalan keluar. Mahu berlari tapi takut tersadung, mahu menyuruk tapi tiada
dinding untuk ku bersembunyi, mahu berhadapan tapi takut diludah ke muka. Mungkin
aku perlu mencari teman tuk memberi sokongan. Lalu ku toleh ke belakang tetapi
yang ku lihat hanyalah sekumpulan badut yang sedang seronok mentertawakan aku sambil
berlalu pergi. Satu tumbukan padu bersama jeritan tuju ke arah cermin
bebayangku yang bersenyum sinis sambil berkata “padan muka” berulang kali ke
mukaku. Dan ku tersedar ia hanyalah
cerminan diri yang sentiasa ku nafikan, ku tipu dan ku bohongi. Darah mula
menetes ke bumi, kesakitan sudah terasa. Air mata seorang pejuang kehidupan
membasahi tanah tandus yang selama ini tak pernah subur kerna inilah kali
pertama aku tak dapat menahan kesakitan. Bukan sahaja pada luka ditangan tapi pada
fikiran dan hati. Tumbangnya seorang jantan atas kerna kebodohannya sendiri
tewas pada permainan duniawinya memikirkan dia mampu untuk mengalahkan syaitan dirinya
sendiri. Tubuh berada diatas perbaringannya dan muka dihadap ke arah langit
hitam. “mengapa tiada bulan atau bintang? Mengapa orang lain punyai berjuta
bintang sedangkan aku tiada punya apa-apa”. Maka timbullah satu persoalan dan
masalah baru yang sepertinya bagai tiada penyudahnya. Lalu ku pejam mata kecil
ini sambil tersenyum kecil. “Tak apalah, asalkan mentari masih muncul memberikan
ku cahaya kekuatan tuk teruskan hidup yang sementara ini.”
Mungkin hanya aku yang merasakan sebegini.
Sewaktu kita menjadi yang asing antara satu sama lain,
aku tak pernah terfikir aku akan jatuh pada kau.
Kerna kau bagaikan tidak mungkin bagi aku.
Akhirnya aku yang mati kelemasan dalam tasik kebohongan yang aku tadah sendiri dari penafian selama ini.
Mana mungkin tuk aku tidak menyukai kau yang mengerti lahiriah aku yang komplikasinya tiada siapa memahami.
Untuk merenung sahaja tepat ke matamu itu sudah aku tidak dapat melakukannya apa lagi untuk bersuara lagi.
Maaf kerna terpaksa marah pada bulan yang tak memahami,
Maaf kerna terpaksa marah pada bintang yang tak menanti,
Maaf kerna aku tak boleh tuk jujur mengatakan benci pada kau.
Mungkin aku boleh memakai topeng itu ketika bersama teman2 namun tidak ketika berhadapan dengan kau kerna ia akan pecah.
Walau aku bisa berbohong pada yang lain tapi tidak pada hati kecil ini kerna ia memahami segalanya.
Amat susah untuk kita jujur mengatakan rindu, tuk mengakui terasanya kehilangan dalam hidup ini.
Aku selalu berharap kepura-puraan antara kita ini berakhir bagai celiknya aku dari sebuah mimpi buruk yang tak mahu aku mengulanginya.

esok belum tiba
Esok belum tiba,
Langit masih gelita,
Dengkuran sang kicau masih berbisik,
Hanya kedengaran si cengkerik bermain biola.
Bulan tiada, sang perindu kebingungan kepada siapa tuk
diluahkan rasa hati,
Jutaan kerdipan bintang buat aku tertanya,
masihkah ada mata yang belum lelap tika ini?
Aku harap bukanlah hanya dia…
Jikalau tiada apa antara antara kita,
Mengapa kau masih membina tembok tinggi,
Tidakkah kau nampak tangga persahabatan yang aku cuba
bina itu,
Akhirnya aku dibawa ombak pilu hanyut ke pulau sunyi.
Jujur aku nyatakan aku telah cuba berseorang,
Bagai burung yg patah sayapnya untuk terus terbang, namun
tidak mungkin…
Tiada taufan melanda sebelum kau tiba,
Hanya hujan dan panas seketika,
Terlalu bersepah hidupku sekarang selepas kau pergi,
Selagi tiada pengganti, aku tidak rasa mahu utk
mengemaskannya.
Biarlah begini…
Tiada yang baik selepas pukul 2 pagi.
Tiada yang baik selepas pukul 2 pagi.
Hanya duduk kaku didepan meja sunyi,
Otak berkerja lebih masa tidak mahu bermimpi,
Hati tak dapat dibisukan walau dikatup rapat,
Mengapa kau masih mahu memekikkan sesuatu yang tidak akan
dapat.
Bahagia tidak akan kekal di alam fana ini.
Jika kebahagiaan itu mudah tuk didapati, maka dunia ini
akan bebas dari perang.
Tidak mungkin pelangi akan sepanjang hari ingatlah wahai
insan yang gembira.
Bersedialah tuk terkorban jika kau rasa kau seorang
pejuang yang berperang demi cinta yang kau inginkan itu.
Ceritaku dan ceritamu tidak mungkin akan sama.
Mungkin kau yang merasa sakit yang teramat namun, itulah
kehidupan.
Tiadalah pelangi jika tiadanya hujan. Tidak mungkin hujan
jika hanya cerah sepanjang hari.
Memohon kemaafan kerna kita bukan insan yang sempurna.
Memberi keampunan kerna kita juga akan melakukan
kesilapan suatu hari nanti.
Tapi… jelaskanlah apa silapku dan silapmu jika kau mahu
pergi dan meminta maaf.
Tidaklah aku menjadi si bodoh yang tertipu dengan
cantiknya kaca,
Tidaklah aku menjadi si pengharap yang masih mencari
cahaya harapan walau dikelilingi kegelapan yang nyata.
Tidaklah aku terus menyalahkan ke atas kesilapan aku atau
kau yang masih merangkak tetapi sudah mahu berlari dan menangis ketika
terjatuh.
Masih menjadi fitrahku tuk mencari.
Kerna hati ini akan terus menjerit dalam kebisuan mencari
sebentuk kunci yang mendengar dalam hingar bingar dunianya.
Namun si kucing jalanan pun akan mengingati siapa yang
memberinya makanan walau hanya tulang ikan,
Tolonglah jangan biar aku terpinggir sendiri walau tiada
apa antara kita.
Kita bermula sebagai kawan jadi biarlah ia juga akan
berakhir dengan kita sebagai kawan.
Nobody : 3.37 a.m
biar mati disini
Kau masih seperti dulu,
Sama seperti kali terakhir aku lihat kau,
kau masih sama seperti dulu,
sama seperti kali terakhir aku mengenali kau,
tapi adakah benar masih sama?
Adakah kau tahu betapa haru biru perasaanku ketika
mengetahui kau akan kembali ke sini,
Semalaman aku berfikir bagaimana aku harus lakukan tika
bersua muka nanti,
Fikiran berbolak-balik, diri termundar-mandir,
Akhirnya tidak sempat tuk aku menyapa… dan kau tiada.
Kau sudah berjumpa si dia.
Kau masih seperti dulu,
Sama seperti kali terakhir aku lihat kau,
Ingin sahaja aku menghentikan putaran bumi,
Ingin sahaja aku menongkat matahari,
Ingin sahaja aku menyembunyikan bulan,
Agar beri aku lebih masa… untuk bertanya.
Namun soalan ini tak mungkin berani untuk aku
menyuarakannya…
Adakah kau masih bertopengkan besi?
Bagaimanakah hari2 kau tanpa aku?
Di manakah kau sembunyikan aku dari pandangan kau?
Apakah kau membutakan, membisukan, memekakkan segala
tentang aku?
Kenapa kau menangis dibelakangku?
Mengapakah kau perlu berbohong dihadapanku seperti tanpa
apa2 sedangkan mereka sudah
tahu tentang kau
dan aku?
Siapakah dia
sebenarnya…
kau masih sama seperti dulu,
jujur…
Aku tidak lagi perlukan kau tuk kesekian kali,
Aku cuma mahukan penjelasan.
Agar aku boleh pergi dengan tenang,
Agar kau bisa bahagia dengannya.
Biarlah aku dengar sendiri dari bicara hatimu,
Biar cinta mati disini.
bintangku...
Aku sedar aku tak mampu untuk berganjak dari tempat ini,
tempat yang kau telah tinggalkan aku tanpa sebarang peta atau tanda untuk aku
berjalan. Dengan perlahan aku cuba melangkah walaupun bagai 100 tan berat
dibawa bersama kaki ini. Namun masih terikat tali2 kenangan pada badan yang
lemah ini. Walau pelbagai telah aku cuba untuk melepaskan tali ini tapi ia
tetap kembali tersimpul. Yang aku tahu
aku hanya perlu kehadapan mencari sinar cahaya kebahagiaan hidupku. Dunia ku
dahulu terang dengan bintang2 yang selalu menemaniku, menyinar menyuluhkan
jalan untuk aku. Di antara bintang2 itu terdapat satu yang terlalu aku damba, terlaluku
sayang. Sinarnya amat terang, menyilaukan pandanganku dari bintang yang lain. Aku
sanggup melepaskan semua bintang2 yang aku letak dalam rak kebanggaanku. Namun oleh
kerna terlalu aku jaga, dia perlahan meminta aku melepaskannya kerna dia merasa
dia lebih sesuai untuk tidak terlalu dijaga dan disayang. Kini duniaku kembali
gelita. Ku masih mempunyai satu bintang yang setia menemani insan ini namun
cahaya nya malap, hanya cukup untukku melihat dalam beberapa masa sahaja lagi. Seperti
bintang2 yang lain, dia juga menjadi terang untuk orang lain sepertiku. Mungkin
dia lebih menghargai bintang itu lebih awal dari aku. Secara tidak sedar, aku
mulai terasa betapa bernilainya sinarmu itu walau ianya malap untuk diri yang
hina ini, yang mengharap peluang kedua. Kaulah bintang paling aku sayang tika
ini namun hati ini terlalu kecil untuk aku tunjukkan pada bintang itu agar dia
memberi peluang untuk memberi sinarnya untukku pula. Masa berlalu dengan pantas,
semakin lama semakin malap cahaya kau untukku. Adakah aku patut untuk membuka
hati ini untuk meminta ia menerimanya. Namun jika ia tetap menolak, si bintang
itu akan terus menghilang dan aku akan kembali menjadi… si buta yang kesunyian
dalam kegelapan.
Masa Depan...
Aku sering mengadu dan mengeluh mengapa hidupku terlalu mendatar bagai angin di musim luruh yang berlalu begitu sahaja tanpa ada ribut taufan atau halangan. Selalu aku mengatakan mengapa hidup aku terlalu bosan dan suram padahal mereka yang disekelilingku sungguh gembira dan riang. Aku selalu cemburu pabila mereka memuatnaik foto2 di dalam laman media sosial, berseronok bersama teman pergi ketempat-tempat yang tidak mungkin aku singgahi , bagai dunia ini seluruhnya adalah tempat mereka berseronok untuk kemana sahaja. Aku hanya mampu membayangkan jika aku ditempat mereka, alangkah beruntungnya aku. Namun, di ketika aku berasa sugul dengan diri ini aku terfikir sejenak, aku hanya melihat kegembiraan mereka sahaja dengan gambar2 itu. Aku tidak melihat apa kesusahan dan ujian yang mereka lalui. Setiap orang Allah dah tentukan tahap ujian kesenangan dan kesusahan mengikut tahap kemampuan masing2 yang berlainan. Mungkin aku belum dapat lalui ujian itu sehinggakan aku menyangka bagai tiada apa kesusahan yang terjadi dan aku telah buta untuk melihat segala kesenangan yang Allah yang telah berikan padaku. Tetapi setelah kecelakaan yang terjadi padaku, aku hanya mampu sabar dan bersyukur tiada yang teruk terjadi. Kemalangan motorsikal bagiku bagai sudah lali, cuma kali ini agak teruk sehingga masuk hospital. Aku tidak patut cemburu dengan kesenangan orang lain tetapi aku sepatutnya berfikir bagaimana ak bisa untuk seperti mereka. Sabar, Doa, Syukur...Ada rezeki untuk aku di lain masa, mungkin aku tak dapat ke sana-sini sekarang, mungkin aku tak dapat makan itu ini sekarang, mungkin aku tak dapat berjumpa yang teristimewa sekarang (mungkin sudah...)....semuanya mungkin menantiku di masa depan.
Tinggal sebulan untuk aku melihatnya disini, apakah yang harus aku lakukan untuk tidak terlalu terasa kehilangannya selepas ini. Adakah aku perlu membina lebih banyak ruang2 memori untuk aku simpan bersamanya atau perlahan2 hilang dari hidupnya supaya dia tidak terasa kehilangan ku nanti...Oh masa depan, mengapa aku terasa begitu takut untuk menantimu yang akan datang, adakah ia akan terlalu terang atau gelap untukku...
Adakah dia...
Kita manusia yang tidak sempurna, oleh kerana itu Allah taala menciptakan kita berpasangan untuk saling melengkapi. seseorang yang diciptakan untuk menjadi pelengkap tulang rusuk kiri, untuk menjadi seperti Siti Khadijah yang sentiasa menyayangi Rasulullah(S.A.W), untuk menyambut tangan ketika kita jatuh dan sukar untuk berdiri semula, bermakna dialah pelengkap segala kekurangan kita. Bagaimanakah untuk aku mengetahui bahawa dialah yang melengkapi? adakah mesti dia yang banyak persamaan dengan diriku atau dia yang berbeza sekali dengan sifatku. Adakah hadirnya yang membuatkan aku sentiasa gembira atau yang selalu membuat aku rasa dihargai, Adakah ketika ku memerlukan dia yang dicari atau dia yang hadir secara tiba2 tanpa diminta, Adakah suaranya yang halus dan lembut yang membelai cuping telinga ini atau manis senyumannya yang bisa mencairkan kutub, Adakah dia yang paling mengerti dan memahami problema diri ini atau yang senantiasa memberikan telinganya untuk ku ceritakan segala kesulitan yang ku alami, yang paling penting Adakah dia hanya teman baikku disamping selalu atau teman yang hadirnya untukku selamanya...Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat membezakan semua ini agar aku tidak kehilangan kedua-duanya.
cheer her day
the best recipe to have a good relationship is keep contact each other and care her as much you care yourself. not just only for boy girl relation; between to your parents , friends... be always remembering and for sure you will have a good relationship with everyone. I remembered my friend's story about how he get his girl which has been together for both of them almost 4 years, I called him Dan. I dont remember too much but what I remember was he told that his girl was a teacher in his school and he get her with just a candy. just a normal candy but what make it special is it be given everyday and he also always keep in touch with his teacher. and the drama plus sinetron plus the samarinda haha aaaaaaaand they become a couple. so what im saying here is love also can be build as simple as a message sent by phone or words everyday to whom girl u like and she will see how much u will appreciated her and always can cheer up her day...so if u want a girlfriend than cheer her everyday and u want lots of friend cheer up everyone around u.
lOsT iN tHE OcEAn
Jam menunjukkan pukul 12.45, ku merehatkan diri ini diatas katil sambil mendengar lagu2 ballads.
Semalam aku pergi kembali melawat sekolah lama. Bagai sekilas imbasan sepanjang 2 tahun aku disekolah itu aku diperlihatkan sebaik sahaja melepasi pintu masuk. Walau hanya 2 tahun namun ia banyak memberi impak kepada siapa aku sekarang ini. Disitula aku temui siapa aku, aku kuatkan diri aku,aku mematangkan diri ini, aku belajar memahami erti bagaimana dunia ini berputar, aku temui keyakinan diri dan paling aku tak boleh lupa...aku temui perasaan suka kepada seseorang. Agak kecewa sebab tidak dapat berjumpa dengan dia tadi, mungkin belum masanya untuk bersua kembali. Dalam perjalanan pulang, aku mengimbas kembali apa yang aku telah lakukan dan terjadi pada diriku setelah keluar dari sekolah. Tidak banyak perubahan yang berlaku padaku cuma... keyakinan aku jatuh, kekuatan aku hilang, bahu untuk aku bersandar juga telah pergi. Aku bagai hilang dalam pandangan manusia. Adakah aku terlalu kerdil berdiri dikalangan mereka?
atau silap aku yang tidak berdiri dimana mereka berdiri dan duduk dimana mereka duduk?Adakah ada sesuatu aku hilang yang menyebabkan aku berubah berbanding disekolah dulu?
Mungkin perwatakan aku?kekuatan aku?sifat aku? atau...kawan aku?
Aku boleh menjadi seorang yang senyap dan boleh menjadi seorang yang aktif pada masa yang sama...jadi yang mana satukah yang patut aku jadi?
Aku boleh menjadi seorang yang berusaha kuat dan boleh menjadi seorang yang amat memerlukan bantuan pada masa yang sama...jadi yang mana satukah yang patut aku jadi?
Aku boleh menjadi seorang kelakar dan boleh menjadi seorang yang emosi pada masa yang sama..jadi yang mana satukah yang patut aku jadi?
1.25 AM, Thursday 23 May 2013.
Am I greedy?!
adakah aku manusia yang tamak? aku mahu itu, aku mahu ini...
tetapi adakah aku memikirkan adakah dia juga gembira seperti aku?adakah dia senang bersama aku?
kadangkala aku malu, yang selalu memandang wanita sehingga lahirnya perasaan
ingin memilikinya. seperti wanita yang sedang ber'window-shopping', begitula juga apa yang aku rasakan
pabila ku melihatnya, seperti orang gila seks dan gatal pula bunyinya...pabilaku melihat mana2 pasangan
bersama,aku selalu bermonoloque "mengapa bukan aku yang mendapatnya? apakah kurangnya aku?" .
mungkin itulah kelemahanku, terlalu menghargai wanita sehingga aku tewas dalam kecantikan mereka dan tidak boleh
melarikan pandanganku terhadap bidadari dunia ini.
adakah sebab aku tidak punyai sesiapa dalam diri ini menjadikanku begini atau dengan sebab ini aku tidak patut mempunyai seorang bisa yang mewarnai hari2ku.
aku mula menyendiri. headfon dan ipod menjadi teman.
namun makinku menyendiri, makin ramai pula wanita yang singgah di diri ini. ada kawanku mengataku 'gatal', aku tertawa dalam diam kerna
ia mungkin benar, aku memang suka untuk menatapi kecantikan seseorang itu tetapi dengan satu ayat, aku bukanlah seorang
yang seperti itu.."dia bukan untukku...aku tidak layak untuk dia..." selalu ia bermain dalam akalku, bagai pita rekoder yang dimainkan berulang2 kali.
tika ku sendiri atau bersama rakan2. kawan2 selalu melihat aku seperti ramai wanita yang mendekati namun hakikatnya mereka bukan sesiapa
dalam hati ini. mungkin aku agak sedikit kasar dengan mereka tetapi hanya dengan ini sahaja aku mampu untuk menghilangkan sumpahan ini.
aku tidak mahu mereka hilang atau menjauh dengan sebab diri ini tetapi biarlah aku mencintai semuanya kerna tidak semestinya cinta itu memilikinya...
ya Allah hilangkanlah perasaan tamak ini, jadikanlah aku seorang yang bersyukur dan menghargai apa yang
ada, menggunakannya ke arah jalanMu,Amin.

My Heart Curse Me...
Smile a little more
With a happy smile
So that you can comfort my heart
That keeps looking for you
Smile a little more
So that the world would be jealous
So that my heart that keeps calling for you
Would not be able to become greedy
My heart curses at me
because I can’t even say I love you
My tears burst
because my longing for you flows and flows
Only that sad phrase has been struck to my throat like a thorn
And remain in my ears the whole day
Why does it have to be you
Why did I have to love you
Even if I shake my head, deny it
I can’t let you go
My heart curses at me,
because I can’t even say I love you
My tears burst,
because my longing for you flows and flows
Only that sad phrase has been struck to my throat like a thorn
And remain in my ears the whole day
I love you, I love you
Forever
Even if you don’t look at me
Even if I say it a thousand times, you don’t know
Even if I wait at the same spot, you don’t know
My foolish love that simply looks at you like an idiot
You don’t know, No matter what
Aku mahu kembali seperti dulu dan aku tidak mahu kembali seperti dulu
Kadangkala bila aku lihat kembali semua gambar yang telah aku tangkap selama tahun 2012 ini, aku boleh tersenyum sendiri melihat telatah kawan-kawanku dan mengimbas semula kenangan yang telah kami lalui. Terlalu banyak pita untuk aku mainkan semula dan terlalu banyak lagu untuk aku nyanyikan jika aku gambarkan betapa banyaknya kenangan yang telah aku lalui bersama teman. Rasanya aku perlu beli kad memori baru untukku simpan semua kenangan yang mendatang ini, hehe. Ada juga sebahagian kenangan yang tidak dapat aku simpan dalam bentuk video atau gambar, namun ia segar tersimpan dalam ingatanku.
Kadangkala pula bila aku lihat kembali semua gambar yang telah aku tangkap selama tahun 2012 ini, aku boleh menangis sendiri.Kerana perubahan yang berlaku pada mereka dan ku sendiri. Boleh aku katakan aku boleh memadam segala gambar dalam simpanan ini kerana ia telah menjadi sejarah dan tidak lagi berlaku seperti dulu. Tiada siapa yang ingin melihat masa lepas, kerana ia hanya menghadirkan kesedihan bukan kegembiraan. Patutla untuk aku memanggilnya "kenangan", kerana kenangan tidak akan berlaku
lagi. Ia akan ditinggal dan dilupakan. Mereka yang pernah muncul dalam gambar-gambarku ini bagai sudah hilang tiada lagi, oleh itu mengapa aku masih menyimpan gambar itu? adakah aku masih tidak boleh melepaskannya?atau tidak boleh menerima keadaan yang berlaku sekarang?
Aku mahu kembali seperti dulu dan aku tidak mahu kembali seperti dulu. Bunyinya macam bodoh bukan. Aku tersedar kenapa adanya kenangan manis dan kenangan pahit. Aku mula belajar untuk menerima kedua-duanya, tapi bagi aku tiada bezanya kerana semua yang pahit ada manisnya dan semua yang manis itu ada pahitnya. Menulis pada pukul 3 A.M ni memang buat aku rasa tidak mengantuk malah ingin terus menekan papan kekunci ini namun apakan daya, sudah tiada apa untuk aku sampaikan. Hanya luahan hati kecil ini yang mampu aku berikan.
-lonesomeness syndrome-
2/11/2012 3.13 am
Suka or minat?? What the different?
What diff of minat dengan suka? Hurm well minat tu kita akan buat whatever it takes and suka tu erm xseganas minat tu. so perasaan suka tu boleh berubah2, kejap suka kejap tak. Minat tak kan hilang dan we'll do anything for it. I've been asked all my fren and they agree with my statement. Hurm well that's what I felt now, slowly my feelin to computer lost. I don't know how that happend maybe the subject xkne dengan minat aku...
It also can relate to our feeling. Kejap suka kejap clash. It been commonly every relationship doesn't long last because they bored with their couple. They doesn't care what in front of them. Maybe dah hilang minat.... Well dari minat datangnya suka tapi dari suka xsemestinya akan adanya minat. Last night I had made a survey with my friend about this diff of suka dan minat, they gave lots of idea but mostly same " suka tu something kita akan suka kat orang tu with full heart and kalau minat tu just admire je". Well that what people said, how about y'all?
My conclusion is suka Dan minat adalah something yang boleh berubah2. It depend to that person how it use to be suka seseorang or minat seseorang... Suka is a normal feeling but minat is something more to desire, u gotta hav it what ever it takes :)

lOnESoMenEss sYnDRomE
lonesomeness syndrome...have u heard anything bout that? well it was a combined word from these word;
alone and awesome. my friend who first came to this idea to tell about his feeling now and suddenly it had became
viral and affected me, but not to terible lah. how come be not to terible? haha well im just alone and not to awesome..
which more to some then awesome. this kind of virus is can be effected by anybody. the symptom2 are: 1.always lonely and alone,
2.always shows cool faced
3.like to do funny things just to dissapear his sadness
4.always put earplug/headphone
5.be quiet when people around him speaking and many more....
woo tu baru keadaan2 dia blum kesan2 dye haha. anyway this kind of syndrome is really
hard to find the cure...sometimes wiseman said "it will come to u..", stupidman lak said "xde ubat da pdan muke kaw haha".
truly is lonesomeness ni just a mental problem that only urself can cured it.... :(
angER mE
orang cakap aku ni teruk la stupid la suke kacau orang la tpi klau diorang knal aku sbnarnya camne mesti diorang terkejut. Actually im kind a bad tempered person, and until now im still kept my tempered although recently it almost got out...im still remembered when in standard 2, waktu memang la sume giler2 lagi tpi ade satu hari tu member kutuk dan kacau smpai dah thap mendidih...aku jerit marah dan start baling2 kerusi dgn meja. time tu ade cikgu dlam klas tpi sbb tgh hot sgt ak terbuat camtu....sumpah bodoe. aku pun smakin membesar dan blajar kawal kemarahan aku ni smenjak kjadian tu..(xdela marah smpai cam hulk tu). keadaan skarang smkin lagy mencabar kesabaran ak, ak mule slalu bace al-Quran, always think positive and kurangkan bercakap....ak harap aku masih ade kekuatan utk kawal dri ini... :(
foolish is my little name
Lastly im been called..erm many times la; "stupid". I dont care la if u all want to call me that but...actually it killed me inside. It just a mean word...well being stupid is diff then be called stupid. you know what is trully stupid? a man doesnt shout what his felling inside and just being quiet. stupid when there is a chance to improve urself and shows what trully u and u doesnt take that chance. stupid when u have to let all go in front of u because u know u dont brave to take it...that trully stupid. I had once been stupid among the last year before and i wanna change that....(xpandai dalam study pown dikate stupid gak actually..)
amnesia!!!!!!!!
pernah x korang rase cam jeles tengok orang study lebih ni? it like when someone who really can stay up late until dawn doing work or study, he/she doing just same work with you but he/she put an little effort inside it. I dunno it call worked hard or poyo. every people have it different tahap kengantukan...then dorang ni hape?binatang pun tau tidur....damn they been amnesia. When we do something simple or look like tak aci kan..xyah la nak fucker sangat nak cakap "oww pandainyee"..tau la aku ni bodo cam sial hape pun xleh. nmpaknye bende ni akan aku lalui tuk 3thun ney....
Subscribe to:
Posts (Atom)