Aku mahu kembali seperti dulu dan aku tidak mahu kembali seperti dulu


Kadangkala bila aku lihat kembali semua gambar yang telah aku tangkap selama tahun 2012 ini, aku boleh tersenyum sendiri melihat telatah kawan-kawanku dan mengimbas semula kenangan yang telah kami lalui. Terlalu banyak pita untuk aku mainkan semula dan terlalu banyak lagu untuk aku nyanyikan jika aku gambarkan betapa banyaknya kenangan yang telah aku lalui bersama teman. Rasanya aku perlu beli kad memori baru untukku simpan semua kenangan yang mendatang ini, hehe. Ada juga sebahagian kenangan yang tidak dapat aku simpan dalam bentuk video atau gambar, namun ia segar tersimpan dalam ingatanku.

Kadangkala pula bila aku lihat kembali semua gambar yang telah aku tangkap selama tahun 2012 ini, aku boleh menangis sendiri.Kerana perubahan yang berlaku pada mereka dan ku sendiri. Boleh aku katakan aku boleh memadam segala gambar dalam simpanan ini kerana ia telah menjadi sejarah dan tidak lagi berlaku seperti dulu. Tiada siapa yang ingin melihat masa lepas, kerana ia hanya menghadirkan kesedihan bukan kegembiraan. Patutla untuk aku memanggilnya "kenangan", kerana kenangan tidak akan berlaku
lagi. Ia akan ditinggal dan dilupakan. Mereka yang pernah muncul dalam gambar-gambarku ini bagai sudah hilang tiada lagi, oleh itu mengapa aku masih menyimpan gambar itu? adakah aku masih tidak boleh melepaskannya?atau tidak boleh menerima keadaan yang berlaku sekarang?

Aku mahu kembali seperti dulu dan aku tidak mahu kembali seperti dulu. Bunyinya macam bodoh bukan. Aku tersedar kenapa adanya kenangan manis dan kenangan pahit. Aku mula belajar untuk menerima kedua-duanya, tapi bagi aku tiada bezanya kerana semua yang pahit ada manisnya dan semua yang manis itu ada pahitnya. Menulis pada pukul 3 A.M ni memang buat aku rasa tidak mengantuk malah ingin terus menekan papan kekunci ini namun apakan daya, sudah tiada apa untuk aku sampaikan. Hanya luahan hati kecil ini yang mampu aku berikan.


-lonesomeness syndrome-
   2/11/2012 3.13 am