esok belum tiba

Esok belum tiba,
Langit masih gelita,
Dengkuran sang kicau masih berbisik,
Hanya kedengaran si cengkerik bermain biola.

Bulan tiada, sang perindu kebingungan kepada siapa tuk diluahkan rasa hati,
Jutaan kerdipan bintang buat aku tertanya,
masihkah ada mata yang belum lelap tika ini?
Aku harap bukanlah hanya dia…

Jikalau tiada apa antara antara kita,
Mengapa kau masih membina tembok tinggi,
Tidakkah kau nampak tangga persahabatan yang aku cuba bina itu,
Akhirnya aku dibawa ombak pilu hanyut ke pulau sunyi.
Jujur aku nyatakan aku telah cuba berseorang,
Bagai burung yg patah sayapnya untuk terus terbang, namun tidak mungkin…

Tiada taufan melanda sebelum kau tiba,
Hanya hujan dan panas seketika,
Terlalu bersepah hidupku sekarang selepas kau pergi,
Selagi tiada pengganti, aku tidak rasa mahu utk mengemaskannya.
Biarlah begini…


Tiada yang baik selepas pukul 2 pagi.

Tiada yang baik selepas pukul 2 pagi.
Hanya duduk kaku didepan meja sunyi,
Otak berkerja lebih masa tidak mahu bermimpi,
Hati tak dapat dibisukan walau dikatup rapat,
Mengapa kau masih mahu memekikkan sesuatu yang tidak akan dapat.
Bahagia tidak akan kekal di alam fana ini.
Jika kebahagiaan itu mudah tuk didapati, maka dunia ini akan bebas dari perang.
Tidak mungkin pelangi akan sepanjang hari ingatlah wahai insan yang gembira.
Bersedialah tuk terkorban jika kau rasa kau seorang pejuang yang berperang demi cinta yang kau inginkan itu.
Ceritaku dan ceritamu tidak mungkin akan sama.
Mungkin kau yang merasa sakit yang teramat namun, itulah kehidupan.
Tiadalah pelangi jika tiadanya hujan. Tidak mungkin hujan jika hanya cerah sepanjang hari.
Memohon kemaafan kerna kita bukan insan yang sempurna.
Memberi keampunan kerna kita juga akan melakukan kesilapan suatu hari nanti.
Tapi… jelaskanlah apa silapku dan silapmu jika kau mahu pergi dan meminta maaf.
Tidaklah aku menjadi si bodoh yang tertipu dengan cantiknya kaca,
Tidaklah aku menjadi si pengharap yang masih mencari cahaya harapan walau dikelilingi kegelapan yang nyata.
Tidaklah aku terus menyalahkan ke atas kesilapan aku atau kau yang masih merangkak tetapi sudah mahu berlari dan menangis ketika terjatuh.
Masih menjadi fitrahku tuk mencari.
Kerna hati ini akan terus menjerit dalam kebisuan mencari sebentuk kunci yang mendengar dalam hingar bingar dunianya.
Namun si kucing jalanan pun akan mengingati siapa yang memberinya makanan walau hanya tulang ikan,
Tolonglah jangan biar aku terpinggir sendiri walau tiada apa antara kita.
Kita bermula sebagai kawan jadi biarlah ia juga akan berakhir dengan kita sebagai kawan.







Nobody : 3.37 a.m