lOsT iN tHE OcEAn


Jam menunjukkan pukul 12.45, ku merehatkan diri ini diatas katil sambil mendengar lagu2 ballads.
Semalam aku pergi kembali melawat sekolah lama. Bagai sekilas imbasan sepanjang 2 tahun aku disekolah itu aku diperlihatkan sebaik sahaja melepasi pintu masuk. Walau hanya 2 tahun namun ia banyak memberi impak kepada siapa aku sekarang ini. Disitula aku temui siapa aku, aku kuatkan diri aku,aku mematangkan diri ini, aku belajar memahami erti bagaimana dunia ini berputar, aku temui keyakinan diri dan paling aku tak boleh lupa...aku temui perasaan suka kepada seseorang. Agak kecewa sebab tidak dapat berjumpa dengan dia tadi, mungkin belum masanya untuk bersua kembali. Dalam perjalanan pulang, aku mengimbas kembali apa yang aku telah lakukan dan terjadi pada diriku setelah keluar dari sekolah. Tidak banyak perubahan yang berlaku padaku cuma... keyakinan aku jatuh, kekuatan aku hilang, bahu untuk aku bersandar juga telah pergi. Aku bagai hilang dalam pandangan manusia. Adakah aku terlalu kerdil berdiri dikalangan mereka?
atau silap aku yang tidak berdiri dimana mereka berdiri dan duduk dimana mereka duduk?Adakah ada sesuatu aku hilang yang menyebabkan aku berubah berbanding disekolah dulu?
Mungkin perwatakan aku?kekuatan aku?sifat aku? atau...kawan aku?
Aku boleh menjadi seorang yang senyap dan boleh menjadi seorang yang aktif pada masa yang sama...jadi yang mana satukah yang patut aku jadi?
Aku boleh menjadi seorang yang berusaha kuat dan boleh menjadi seorang yang amat memerlukan bantuan pada masa yang sama...jadi yang mana satukah yang patut aku jadi?
Aku boleh menjadi seorang kelakar dan boleh menjadi seorang yang emosi pada masa yang sama..jadi yang mana satukah yang patut aku jadi?  


1.25 AM, Thursday 23 May 2013.