Masa Depan...

Aku sering mengadu dan mengeluh mengapa hidupku terlalu mendatar bagai angin di musim luruh yang berlalu begitu sahaja tanpa ada ribut taufan atau halangan. Selalu aku mengatakan mengapa hidup aku terlalu bosan dan suram padahal mereka yang disekelilingku sungguh gembira dan riang. Aku selalu cemburu pabila mereka memuatnaik foto2 di dalam laman media sosial, berseronok bersama teman pergi ketempat-tempat yang tidak mungkin aku singgahi , bagai dunia ini seluruhnya adalah tempat mereka berseronok untuk kemana sahaja. Aku hanya mampu membayangkan jika aku ditempat mereka, alangkah beruntungnya aku. Namun, di ketika aku berasa sugul dengan diri ini aku terfikir sejenak, aku hanya melihat kegembiraan mereka sahaja dengan gambar2 itu. Aku tidak melihat apa kesusahan dan ujian yang mereka lalui. Setiap orang Allah dah tentukan tahap ujian kesenangan dan kesusahan mengikut tahap kemampuan masing2 yang berlainan. Mungkin aku belum dapat lalui ujian itu sehinggakan aku menyangka bagai tiada apa kesusahan yang terjadi dan aku telah buta untuk melihat segala kesenangan yang Allah yang telah berikan padaku. Tetapi setelah kecelakaan yang terjadi padaku, aku hanya mampu sabar dan bersyukur tiada yang teruk terjadi. Kemalangan motorsikal bagiku bagai sudah lali, cuma kali ini agak teruk sehingga masuk hospital. Aku tidak patut cemburu dengan kesenangan orang lain tetapi aku sepatutnya berfikir bagaimana ak bisa untuk seperti mereka. Sabar, Doa, Syukur...Ada rezeki untuk aku di lain masa, mungkin aku tak dapat ke sana-sini sekarang, mungkin aku tak dapat makan itu ini sekarang, mungkin aku tak dapat berjumpa yang teristimewa sekarang (mungkin sudah...)....semuanya mungkin menantiku di masa depan.

Tinggal sebulan untuk aku melihatnya disini, apakah yang harus aku lakukan untuk tidak terlalu terasa kehilangannya selepas ini. Adakah aku perlu membina lebih banyak ruang2 memori untuk aku simpan bersamanya atau perlahan2 hilang dari hidupnya supaya dia tidak terasa kehilangan ku nanti...Oh masa depan, mengapa aku terasa begitu takut untuk menantimu yang akan datang, adakah ia akan terlalu terang atau gelap untukku...

Adakah dia...

Kita manusia yang tidak sempurna, oleh kerana itu Allah taala menciptakan kita berpasangan untuk saling melengkapi. seseorang yang diciptakan untuk menjadi pelengkap tulang rusuk kiri, untuk menjadi seperti Siti Khadijah yang sentiasa menyayangi Rasulullah(S.A.W), untuk menyambut tangan ketika kita jatuh dan sukar untuk berdiri semula, bermakna dialah pelengkap segala kekurangan kita. Bagaimanakah untuk aku mengetahui bahawa dialah yang melengkapi? adakah mesti dia yang banyak persamaan dengan diriku atau dia yang berbeza sekali dengan sifatku. Adakah hadirnya yang membuatkan aku sentiasa gembira atau yang selalu membuat aku rasa dihargai, Adakah ketika ku memerlukan dia yang dicari atau dia yang hadir secara tiba2 tanpa diminta, Adakah suaranya yang halus dan lembut yang membelai cuping telinga ini atau manis senyumannya yang bisa mencairkan kutub, Adakah dia yang paling mengerti dan memahami problema diri ini atau yang senantiasa memberikan telinganya untuk ku ceritakan segala kesulitan yang ku alami, yang paling penting Adakah dia hanya teman baikku disamping selalu atau teman yang hadirnya untukku selamanya...Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat membezakan semua ini agar aku tidak kehilangan kedua-duanya.