melankolia hina

jika dapat ku himpun setiap aksara
tuk aku bariskan segala kata dalam hati ini,
langit akan gelap menutup segala cahaya cecah ke bumi,

lihatkah? aku pucat disini, sembilu hisapi jemari
setiap ku peluk menangisi yang sedih aku letih
dengarkah? degupan jantung aku berbaring mati
tanah merekah cuba ku basahi sakit aku perih

hujan jangan kau marahi dia,
mengapa kau perlu bersedih bersama aku,
baju ini dibasahi dengan tangisanmu,
kau turut hadirkan kuatnya pekikan guruh itu bagai menjerit kekecewaan,
walau terjadi harus ku katakan dengan indah,
bahwa kaulah pelangi senja yang istimewa sukar tuk ku tatapi.

melankolia ini bukan tuk aku kata aku mati,
bukan tuk aku kata aku pergi,
nikmatilah sahaja kegundahan ini,
segala barisnya yang merobek sepi
sungguh aku cipta tatkala waktu kerinduanku ku satukan disini


terkurung...

Aku tak tahu berapa kali harus aku terhantuk untuk aku mengadah. mungkin sungguh selesa duniaku ini sehingga aku sukar tuk tersedar dari lena yg diulit bersama mimpi sang pelangi. adakah aku masih belum bersedia tuk menerima realiti yang masih samar-samar di litupi kabus dingin, sungguh aku tidak mahu melaluinya lagi.

 Apakah lagi yang Kau mahu tunjukkan pada aku disini jika masih tidak dapat berganjak. apa yang masih aku ada disini untuk aku pegang jika aku tetap dikurung di dunia khayalan separa neraka ini. tiada lagi sahabat tawa tuk aku disini, tiada lagi cinta untuk aku semai disini, tiada lagi kasih yang boleh aku pinta disini... lepaskanlah aku ke alam seterusnya.

akhrnya tuk seketika, kerna bunga cinta sudah tidak berkembang dan dahannya mulai layu. mungkin aku tidak akan kembali tuk bermain dengan perasaan tuk seketika ini. aku sedar semua ini hanya bagai di angin lalu, ia takkan kekal selamanya bersamaku sehingga di suatu saat, mungkin hati ini akan berdegup semula tuk ia menerima seseorang bertahta dihati.




Dongengan seorang gila

Pabila hantu kekusutan mula menghantui diri, ku nyalakan segulung rokok. Asap berkepul memenuhi ruang semesta minda disedut ke dalam cuba tuk mengaburi masalah. Sudah berputung habis dibakar namun fikiran masih tidak ketemu jalan keluar. Mahu berlari tapi takut tersadung, mahu menyuruk tapi tiada dinding untuk ku bersembunyi, mahu berhadapan tapi takut diludah ke muka. Mungkin aku perlu mencari teman tuk memberi sokongan. Lalu ku toleh ke belakang tetapi yang ku lihat hanyalah sekumpulan badut yang sedang seronok mentertawakan aku sambil berlalu pergi. Satu tumbukan padu bersama jeritan tuju ke arah cermin bebayangku yang bersenyum sinis sambil berkata “padan muka” berulang kali ke mukaku.  Dan ku tersedar ia hanyalah cerminan diri yang sentiasa ku nafikan, ku tipu dan ku bohongi. Darah mula menetes ke bumi, kesakitan sudah terasa. Air mata seorang pejuang kehidupan membasahi tanah tandus yang selama ini tak pernah subur kerna inilah kali pertama aku tak dapat menahan kesakitan. Bukan sahaja pada luka ditangan tapi pada fikiran dan hati. Tumbangnya seorang jantan atas kerna kebodohannya sendiri tewas pada permainan duniawinya memikirkan dia mampu untuk mengalahkan syaitan dirinya sendiri. Tubuh berada diatas perbaringannya dan muka dihadap ke arah langit hitam. “mengapa tiada bulan atau bintang? Mengapa orang lain punyai berjuta bintang sedangkan aku tiada punya apa-apa”. Maka timbullah satu persoalan dan masalah baru yang sepertinya bagai tiada penyudahnya. Lalu ku pejam mata kecil ini sambil tersenyum kecil. “Tak apalah, asalkan mentari masih muncul memberikan ku cahaya kekuatan tuk teruskan hidup yang sementara ini.”

Mungkin hanya aku yang merasakan sebegini.

Sewaktu kita menjadi yang asing antara satu sama lain,
aku tak pernah terfikir aku akan jatuh pada kau.
Kerna kau bagaikan tidak mungkin bagi aku.
Akhirnya aku yang mati kelemasan dalam tasik kebohongan yang aku tadah sendiri dari penafian selama ini.
Mana mungkin tuk aku tidak menyukai kau yang mengerti lahiriah aku yang komplikasinya tiada siapa memahami.
Untuk merenung sahaja tepat ke matamu itu sudah aku tidak dapat melakukannya apa lagi untuk bersuara lagi.
Maaf kerna terpaksa marah pada bulan yang tak memahami,
Maaf kerna terpaksa marah pada bintang yang tak menanti,
Maaf kerna aku tak boleh tuk jujur mengatakan benci pada kau.
Mungkin aku boleh memakai topeng itu ketika bersama teman2 namun tidak ketika berhadapan dengan kau kerna ia akan pecah.
Walau aku bisa berbohong pada yang lain tapi tidak pada hati kecil ini kerna ia memahami segalanya.
Amat susah untuk kita jujur mengatakan rindu, tuk mengakui terasanya kehilangan dalam hidup ini.
Aku selalu berharap kepura-puraan antara kita ini berakhir bagai celiknya aku dari sebuah mimpi buruk yang tak mahu aku mengulanginya.


Mungkin hanya aku yang merasakan sebegini.

esok belum tiba

Esok belum tiba,
Langit masih gelita,
Dengkuran sang kicau masih berbisik,
Hanya kedengaran si cengkerik bermain biola.

Bulan tiada, sang perindu kebingungan kepada siapa tuk diluahkan rasa hati,
Jutaan kerdipan bintang buat aku tertanya,
masihkah ada mata yang belum lelap tika ini?
Aku harap bukanlah hanya dia…

Jikalau tiada apa antara antara kita,
Mengapa kau masih membina tembok tinggi,
Tidakkah kau nampak tangga persahabatan yang aku cuba bina itu,
Akhirnya aku dibawa ombak pilu hanyut ke pulau sunyi.
Jujur aku nyatakan aku telah cuba berseorang,
Bagai burung yg patah sayapnya untuk terus terbang, namun tidak mungkin…

Tiada taufan melanda sebelum kau tiba,
Hanya hujan dan panas seketika,
Terlalu bersepah hidupku sekarang selepas kau pergi,
Selagi tiada pengganti, aku tidak rasa mahu utk mengemaskannya.
Biarlah begini…


Tiada yang baik selepas pukul 2 pagi.

Tiada yang baik selepas pukul 2 pagi.
Hanya duduk kaku didepan meja sunyi,
Otak berkerja lebih masa tidak mahu bermimpi,
Hati tak dapat dibisukan walau dikatup rapat,
Mengapa kau masih mahu memekikkan sesuatu yang tidak akan dapat.
Bahagia tidak akan kekal di alam fana ini.
Jika kebahagiaan itu mudah tuk didapati, maka dunia ini akan bebas dari perang.
Tidak mungkin pelangi akan sepanjang hari ingatlah wahai insan yang gembira.
Bersedialah tuk terkorban jika kau rasa kau seorang pejuang yang berperang demi cinta yang kau inginkan itu.
Ceritaku dan ceritamu tidak mungkin akan sama.
Mungkin kau yang merasa sakit yang teramat namun, itulah kehidupan.
Tiadalah pelangi jika tiadanya hujan. Tidak mungkin hujan jika hanya cerah sepanjang hari.
Memohon kemaafan kerna kita bukan insan yang sempurna.
Memberi keampunan kerna kita juga akan melakukan kesilapan suatu hari nanti.
Tapi… jelaskanlah apa silapku dan silapmu jika kau mahu pergi dan meminta maaf.
Tidaklah aku menjadi si bodoh yang tertipu dengan cantiknya kaca,
Tidaklah aku menjadi si pengharap yang masih mencari cahaya harapan walau dikelilingi kegelapan yang nyata.
Tidaklah aku terus menyalahkan ke atas kesilapan aku atau kau yang masih merangkak tetapi sudah mahu berlari dan menangis ketika terjatuh.
Masih menjadi fitrahku tuk mencari.
Kerna hati ini akan terus menjerit dalam kebisuan mencari sebentuk kunci yang mendengar dalam hingar bingar dunianya.
Namun si kucing jalanan pun akan mengingati siapa yang memberinya makanan walau hanya tulang ikan,
Tolonglah jangan biar aku terpinggir sendiri walau tiada apa antara kita.
Kita bermula sebagai kawan jadi biarlah ia juga akan berakhir dengan kita sebagai kawan.







Nobody : 3.37 a.m

biar mati disini

Kau masih seperti dulu,
Sama seperti kali terakhir aku lihat kau,
kau masih sama seperti dulu,
sama seperti kali terakhir aku mengenali kau,
tapi adakah benar masih sama?

Adakah kau tahu betapa haru biru perasaanku ketika mengetahui kau akan kembali ke sini,
Semalaman aku berfikir bagaimana aku harus lakukan tika bersua muka nanti,
Fikiran berbolak-balik, diri termundar-mandir,
Akhirnya tidak sempat tuk aku menyapa… dan kau tiada.
Kau sudah berjumpa si dia.

Kau masih seperti dulu,
Sama seperti kali terakhir aku lihat kau,

Ingin sahaja aku menghentikan putaran bumi,
Ingin sahaja aku menongkat matahari,
Ingin sahaja aku menyembunyikan bulan,
Agar beri aku lebih masa… untuk bertanya.
Namun soalan ini tak mungkin berani untuk aku menyuarakannya…

Adakah kau masih bertopengkan besi?
Bagaimanakah hari2 kau tanpa aku?
Di manakah kau sembunyikan aku dari pandangan kau?
Apakah kau membutakan, membisukan, memekakkan segala tentang aku?
Kenapa kau menangis dibelakangku?
Mengapakah kau perlu berbohong dihadapanku seperti tanpa apa2 sedangkan mereka sudah
 tahu tentang kau dan aku?
 Siapakah dia sebenarnya…

kau masih sama seperti dulu,

jujur…
Aku tidak lagi perlukan kau tuk kesekian kali,
Aku cuma mahukan penjelasan.
Agar aku boleh pergi dengan tenang,
Agar kau bisa bahagia dengannya.
Biarlah aku dengar sendiri dari bicara hatimu,

Biar cinta mati disini.








bintangku...

Aku sedar aku tak mampu untuk berganjak dari tempat ini, tempat yang kau telah tinggalkan aku tanpa sebarang peta atau tanda untuk aku berjalan. Dengan perlahan aku cuba melangkah walaupun bagai 100 tan berat dibawa bersama kaki ini. Namun masih terikat tali2 kenangan pada badan yang lemah ini. Walau pelbagai telah aku cuba untuk melepaskan tali ini tapi ia tetap  kembali tersimpul. Yang aku tahu aku hanya perlu kehadapan mencari sinar cahaya kebahagiaan hidupku. Dunia ku dahulu terang dengan bintang2 yang selalu menemaniku, menyinar menyuluhkan jalan untuk aku. Di antara bintang2 itu terdapat satu yang terlalu aku damba, terlaluku sayang. Sinarnya amat terang, menyilaukan pandanganku dari bintang yang lain. Aku sanggup melepaskan semua bintang2 yang aku letak dalam rak kebanggaanku. Namun oleh kerna terlalu aku jaga, dia perlahan meminta aku melepaskannya kerna dia merasa dia lebih sesuai untuk tidak terlalu dijaga dan disayang. Kini duniaku kembali gelita. Ku masih mempunyai satu bintang yang setia menemani insan ini namun cahaya nya malap, hanya cukup untukku melihat dalam beberapa masa sahaja lagi. Seperti bintang2 yang lain, dia juga menjadi terang untuk orang lain sepertiku. Mungkin dia lebih menghargai bintang itu lebih awal dari aku. Secara tidak sedar, aku mulai terasa betapa bernilainya sinarmu itu walau ianya malap untuk diri yang hina ini, yang mengharap peluang kedua. Kaulah bintang paling aku sayang tika ini namun hati ini terlalu kecil untuk aku tunjukkan pada bintang itu agar dia memberi peluang untuk memberi sinarnya untukku pula. Masa berlalu dengan pantas, semakin lama semakin malap cahaya kau untukku. Adakah aku patut untuk membuka hati ini untuk meminta ia menerimanya. Namun jika ia tetap menolak, si bintang itu akan terus menghilang dan aku akan kembali menjadi… si buta yang kesunyian dalam kegelapan.