BeCoz iM FooL..

Kerana aku seorang yang bodoh,
 Tidak mengapa walau amat menyakitkan, walau jika kau memberiku dengan cinta yang palsu, kerana aku memang seorang yang terlalu bodoh. Keinginanku hanya untuk menjadi yang terbaik padanya adalah cukup untuk membuatku gembira , walau dia tersenyum hanya sekali padaku, aku bahagia dengan senyuman itu. Ku tahu harapan untuk bersamanya hanya sekadar mimpi yang tidak berkesudahan. Namun perhubungan yang telah kita jalinkan sudah cukup membahagiakanku walau hanya sekadar sahabat sesaat. Sehingga seorang yang dia cintai akan muncul, aku akan tetap berada disisinya, ini sudah membuatkanku gembira jadi aku tidak akan meminta lebih dari itu. Berada di tempat yang boleh kau capai jika kau memerlukan bantuan, berada di tempat yang boleh aku dengar jika dia memanggilku..akan ku berada disitu tanpa mengeluh. Aku tidak menyesal walau aku terpaksa berbuat begitu tanpa balasan. Kerana aku mencintainya…..kerana aku seorang yang bodoh.