esok belum tiba

Esok belum tiba,
Langit masih gelita,
Dengkuran sang kicau masih berbisik,
Hanya kedengaran si cengkerik bermain biola.

Bulan tiada, sang perindu kebingungan kepada siapa tuk diluahkan rasa hati,
Jutaan kerdipan bintang buat aku tertanya,
masihkah ada mata yang belum lelap tika ini?
Aku harap bukanlah hanya dia…

Jikalau tiada apa antara antara kita,
Mengapa kau masih membina tembok tinggi,
Tidakkah kau nampak tangga persahabatan yang aku cuba bina itu,
Akhirnya aku dibawa ombak pilu hanyut ke pulau sunyi.
Jujur aku nyatakan aku telah cuba berseorang,
Bagai burung yg patah sayapnya untuk terus terbang, namun tidak mungkin…

Tiada taufan melanda sebelum kau tiba,
Hanya hujan dan panas seketika,
Terlalu bersepah hidupku sekarang selepas kau pergi,
Selagi tiada pengganti, aku tidak rasa mahu utk mengemaskannya.
Biarlah begini…